guanjoosengpg
KEDAI RUNCIT GUAN JOO SENG 569-A, TANJUNG BUNGA, 11200 PENANG, MALAYSIA
GUAN JOO SENG INTRODUCTION
Posted by guanjooseng @ Mon 21 Jul, 08, 05:20PM under Uncategorized
guanjoosengphoto4.jpg

Pengenalan kepade Syarikat Runcit Guan Joo Seng (GJS) 源裕成

 

Guan Joo Seng (GJS) merupakan sebuah syarikat runcit yang ditubuhkan pada awal tahun 1930-an, berasal daripada sebuah kedai runcit tradisional yang menjual pelbagai barang kegunaan harian seperti makanan, bahan cucian, alat tulis dan lain-lain.  Barangan yang mendapat sambutan hangat biasanya bahan makanan kering seperti beras, biskut, minuman manis dan tin yang biasanya dijual dengan harga yang amat murah dan berpatutan.

0 comment(s) | 457 view(s) | Static Link
GUAN JOO SENG SUNDRY SHOP MANAGEMENT
Posted by guanjooseng @ Mon 21 Jul, 08, 05:18PM under Uncategorized
MARKETPHOTO1.jpg

Pengurusan dan Keadaan Tapak Perniagaan

 

Guan Joo Seng kini diuruskan oleh Kang Chuen Hwee (Ah-Y), anak kepada Kang Teik Hock (Ah-B) yang telah lama berkenalan dengan masyarakat tempatan terutamanya golongan Melayu.  Ruang kedai terletak di alamat 569-A, Tanjung Bunga, 11200 Pulau Pinang, Malaysia; di persimpangan Jalan Chan Siew Teong (Chee Seng Garden) dan Jalan Tanjung Bunga Utama.  Peniaga-peniaga di syarikat tersebut sentiasa mengalu-alukan kedatangan pembeli dengan sikap yang sopan dan ramah mesra, serta sentiasa memastikan barangan yang dijual memenuhi kualiti dan kehendak pelanggan pada bila-bila masa.  Bakal pelanggan yang ingin memohon penghantaran barangan runcit ke tempat bekerja dan kediaman anda boleh membuat panggilan telefon +6-04-8999154 kepada Ah-Y untuk barangan yang ingin dibeli berada dalam lingkungan tapak perniagaan.

0 comment(s) | 385 view(s) | Static Link
GUAN JOO SENG - NEW PRODUCT
Posted by guanjooseng @ Mon 21 Jul, 08, 05:16PM under Uncategorized
MARKETPHOTO6.jpg

Cadangan Barangan Baru yang Berkegunaan Luas Pelanggan-pelanggan tetap atau pelanggan-pelanggan yang ingin membuat pembelian khas bernilai tingg boleh membuat cadangan untuk mempelbagaikan pelbagai barangan yang dijualdi tapak kedai.  Selain menjalankan proses jual beli biasa, Guan Joo Seng (GJS) juga mengalu-alukan kontrak daripada perniagaan lain seperti hotel, restoran yang mana barangan yang dipohon dihantar terus kepada pembeli pada masa-masa yang ditetapkan.  Sebarang cadangan peluang perniagaanyang baru untuk pasaran terutamanya barangan orang asli atau industri tempatan yang dijangkan membawa pulangan yang lumayan boleh menghubungi chuentat@hotmail.com atau laman web syarikat. 

0 comment(s) | 391 view(s) | Static Link
GUAN JOO SENG STORE - ADDITIONAL SERVICE
Posted by guanjooseng @ Mon 21 Jul, 08, 05:09PM under Uncategorized
MARKETPHOTO4.jpg
Perkhdmatan Tambahan - Penghantaran dan Kredit Penghantaran berkelompok pada cuti am dan raya tetap dijalankan oleh Guan Joo seng (GJS) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum hari yang ditetapkan.  Ini bertujuan untuk memastikan barangan yang dipohon boleh diperoleh dan boleh diisi jika terdapat kekurangan.  Syarikat Guan Joo Seng (GJS) juga menjalankan penghantaran melalui pos di dalam dan di luar negara yang mana cas tambahan penghantaran dikenakan melalui cek.  Perkhidmatan kredit juga diberi kepada para pelanggan yang sentiasa mengunjungi kedai dan boleh dipercayai.
0 comment(s) | 656 view(s) | Static Link
GUAN JOO SENG SUNDRY SHOP - FURTHER INFORMATION
Posted by guanjooseng @ Mon 21 Jul, 08, 05:06PM under Uncategorized
guanjoosengphoto5.jpg

Maklumat Lanjutan Pelanggan atau pengusahasama Syarikat Kedai Runcit Guan Joo Seng (GJS) boleh menghubungi Ah-Y (nombor telefon +6-016-4968716) untuk maklumat lanjut.  E-mailkan pertanyaan anda kepada chuentat@hotmail.com untuk projek runcit yang besar. 

Lampiran / Attachment :
Kertas kerja PDF syarikat / Proposal for company PDF formatted : http://www.geocities.com/chuentat2/GUANSOOSENG/070917GUANJOOSENGPROPOSAL.pdf
Persembahan Flash ringkas / Simple Flash presentation : http://chuentat.tripod.com/FLASHSTORE/090105GUANJOOSENGFLASHMUSIC.html.
Contoh laman web wawasan syarikat runcit / Example webpage for visionary sundry companyhttp://www.gjsint.cjb.net/guanjooseng.htm 
Contoh paparan syarikat runcit / Example banner for  sundry :  http://kangchuentat.com/BUSINESS/070220GUANJOOSENGBANNER.ppt
Contoh kad nama syarikat runcit / Example name card for  sundry : http://kangchuentat.com/BUSINESS/070307GJSMALNAMECARD.pdf
 Contoh poster syarikat runcit / Example poster for  sundry : http://kangchuentat.com/BUSINESS/070307GJSMALPOSTER.pdf

0 comment(s) | 494 view(s) | Static Link
Search

Back to TextMalaysia Home
TextMalaysia.com is Powered by TinyMCE

Subscribe to this blog
RSS Feed for guanjoosengpg.textmalaysia.com

© TextMalaysia is a free blogging service powered by WSATP